Program Malaysia ICT Volunteer (MIV) Bersama Digital Terrestrial Television (DTT) 2019 Kedah (Kluster Kota Setar)
16 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniPada 15 Jun 2019, Pusat Internet Gunung Hilir antara salah satu Pusat Internet di wilayah utara telah menyertai Program Malaysia ICT Volunteer (MIV) Bersama Digital Terrestrial Television (DTT) 2019 di Pusat Internet RP Simpang Kuala yang dianjurkan oleh pihak MCMC. Projek Televisyen Terrestrial Digital atau Digital Terrestrial Television (DTT) yang sedang dilaksanakan oleh MCMC telah memilih beberapa Pusat Internet wilayah utara melibatkan beberapa kluster untuk terlibat menyertai program MIV dengan merekrut beberapa orang sukarelawan dari setiap PI untuk membantu membuat hebahan kepada komuniti tentang saluran analog yang akan bertukar kepada siaran digital yang akan dilaksanakan secara berperingkat mulai September tahun ini.
Dengan adanya penyertaan sukarelawan bersama DTT ini dapat memberi peluang kepada peserta untuk menambah pengalaman bekerja, kelebihan di dalam resume, meningkatkan kesedaran dan pemahaman masalah yang dihadapi komuniti serta dapat menjalinkan hubungan erat bersama komuniti. Selain itu, sukarelawan juga dapat menyebarkan informasi tentang Projek Televisyen Terrestrial Digital atau Digital Terrestrial Television (DTT) dengan lebih berkesan terutamanya kepada penduduk luar bandar.
Seramai 5 orang wakil sukarelawan dari Pusat Internet Gunung Hilir telah meyertai program ini terdiri daripada pelajar sekolah dan belia bekerja sendiri yang tinggal di kawasan setempat. Aktiviti sampingan yang turut diadakan adalah demostrasi cara pemasangan dekorder myTV.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: